Resepi Sambal Belacan Mudah, Sedap, Wangi & Tahan Lama | Ini Tipsnya!



Siapa je yang tak suka makan sambal belacan kan? Kecuali kalau ada alergik lain ceritalah ye. Sambal belacan ni boleh dikatakan sebagai pelengkap hidangan untuk pelbagai jenis menu, dari menu yang ringan-ringan sampailah ke menu yang kompleks. 

Hah, nak tahu petua dan resepi buat sambal belacan? Teruskan membaca!

RESEPI SAMBAL BELACAN SEDAP

Ada pelbagai cara nak buat sambal belacan, tapi resepi yang ni dah dikongsikan oleh beribu-ribu orang tau. Jadi terbukti memang sedap sehingga menjilat jari kepedasan hehe. 

1. 6 biji limau kasturi (buang biji)

2. 50g belacan yg telah dibakar

3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau

4. 8 biji cili padi hijau

5. 25 biji cili padi merah

6. 100ml air asam jawa pekat

7. Masukkan sedikit gula dan garam

Kisarkan semua bahan-bahan diatas, dah siap!

ps: Nak buat banyak utk buat stok pandai2 la tambah bahan2 tu😘

TIPS BUAT SAMBAL BELACAN WANGI DAN TAHAN LAMA

Tips 1: Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma

Tips2: Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama

Tips 3: Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

Tips 4: Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal

Selamat Mencuba!

✨Kredit kepada yang empunya resepi (Nurulain Insyirah)

Terbaru Lebih lama