i-Suri | Bantuan RM480/tahun Khusus Untuk Suri Rumah B40 2022

 

i-Suri | Bantuan RM480/tahun Khusus Untuk Suri Rumah B40 2022

Kepada semua suri rumah yang terdiri daripada golongan B40, tahukah anda bahawa anda boleh mendapatkan pelbagai insentif termasuklah bantuan bernilai sehingga RM480 setahun sekiranya anda mencarum di bawah program i-Suri KWSP. 

Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah B40


Bantuan RM480 (i-Suri KWSP) ini adalah merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk memberi bantuan kepada suri rumah, balu dan juga ibu tunggal yang terdiri daripada golongan B40 melalui caruman i-Suri yang dibuat.


NOTA: Sebelum layak menerima bantuan dan insentif yang dinyatakan, anda perlu membuat caruman sebagai ahli KWSP dibawah program i-Suri. 




Apa itu i-Suri?

Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dan dapatkan insentif khas di bawah Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP.

Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Faedah:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500
  • Bantuan Hilang Upaya: RM5,000*

Syarat Kelayakan Pemohon:

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan suri rumah yang berdaftar di eKasih.
  • Belum mencapai umur 60 tahun.
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR).

Siapa yang boleh mencarum?

  • Suami bagi pasangan yang layak
  • Diri sendiri (isteri)

Cara Membuat Permohonan


Untuk mendaftar dan membuat permohonan caruman, anda hanya perlu sediakan:

  • Pergi ke mana-mana kaunter KWSP berhampiran
  • Sediakan kad pengenalan (Mykad)
  • Muat turun borang-borang dibawah untuk pendaftaran kali pertama dan semasa membuat pembayaran.

Cara Dan Saluran Pembayaran Caruman


Anda boleh membuat pembayaran caruman anda melalui mana-mana saluran yang dinyatakan di bawah:


1. Perbankan Internet (transfer online): 
  • MBSB Bank*
  • MAYBANK (M2u)
  • RHB Bank*
  • Public Bank
  • Bank Muamalat
  • Alliance Bank*
  • Hong Leong Bank*
  • Bank Islam*
  • Cimb Bank
2. Tunai/cek
  • BSN 
  • Maybank
  • Public Bank
  • RHB Bank
3. Ejen Bank Berdaftar
  • Ejen Bank (EB) BSN
4. Kaunter KWSP 
  • Tunai (maksimum RM500) /cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar

Had Bayaran

Untuk makluman anda, tiada had minimum untuk caruman. Ini bermaksud, anda boleh membayar beberapa sahaja untuk dicarumkan di akaun anda.

Manakala had maksimum pula ialah; RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sila layari laman web rasmi KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ 

Atau, anda boleh hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian: 03-89226000

Atau, hantarkan soalan anda yang berkaitan ke pautan berikut (laman web FAQ KWSP): https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry

Terbaru Lebih lama